PETA KONSEP

BAHAN PENGAJARAN

Untuk maklum pembaca semua khususnya golongan Ustaz dan Ustazah yang nak menggunakan laman ini dalam untuk proses P&P, di bawah ini penulis menyertakan Rancangan Pengajaran Harian dan BBM Power Point. Boleh lah download yer...Contoh power point boleh tengok kat bawah ni..
1. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
2. POWER POINT MANUSIA
3. VIDEO MANUSIA
Uploaded on authorSTREAM by aniesfarieyana

FITRAH INSAN

>> Wednesday, November 19, 2008

"Fitrah manusia apabila bekerja, dia mengharapkan hasil dan ganjaran. Maka seorang yang boleh

mengambil Rasulullah s.a.w. sebagai suri teladan yang baik, mengutamakan ganjaran Akhirat berbanding dunia. Tanpa Akhirat, kita lemah semangat untuk terus berbuat kebaikan tanpa mendapat sokongan, galakan dan pujian warga dunia.

Walhal kita lupa, Allah SWT yang Maha Baik itu pun jarang disyukuri dan dihargai. Siapa sangatlah kita untuk kebaikan yang dilakukan mendapat pujian? Namun, sekecil-kecil kebaikan pun, akan diperlihatkan dan diberikan balasan kebaikan, pada sebuah kehidupan bernama Akhirat.

Jika ini menjadi pertimbangan kita, maka barulah kita boleh menghargai saranan Nabi s.a.w. agar mengalihkan kayu dari menyakiti pejalan kaki di jalanan, senyum dan salam kepada insan yang ditemui, dan pelbagai benda 'remeh temeh' dan kecil halus itu.
Ia besar, bagi sebuah penilaian Akhirat." ~ Abu Saif.



>> HALAMAN BERIKUTNYA <<

Read more...

PROSES KEJADIAN MANUSIA

Perbincangan ini akan merangkumi proses kejadian manusia di enam peringkat seperti mana yang digambarkan di dalam peta konsep di bawah :




PENGENALAN



Proses kejadian manusia adalah satu tanda daripada tanda kekuasaan Allah sebagai Pencipta.Allah menempelak sikap manusia yang sering lupa dan alpa asal usul kejadian mereka sehinggalah sanggup membantah dan mempertikaikan hakikat kekuasaan Allah sebagaimana firman Allah yang berbunyi :





Banyak ayat Allah yang membincangkan tentang manusia. Bahkan manusia adalah mahkluk pertama yang disebut sebanyak dua kali di dalam rangkaian wahyu Allah yang pertama.





Menurut al –Quran manusia berasal daripada Adam dan asal kejadian Adam adalah daripada tanah dan setelah sempurna kejadiannya dihembuskan kepadanya roh ciptaan Allah. Kejadian manusia terdiri daripada dua unsur iaitu unsur jasmani dan rohani. Unsur jasmani Adam terbentuk daripada pati tanah sebagaimana firman Allah Taala:





Sebagaimana yang kita semua ketahui, Adam yakni manusia asal diciptakan pada hari Jumaat. Allah menerangkan bahawa Adam diciptakan daripada tujuh jenis tanah iaitu :
1.
Thurab sebagaimana yang diterangkan di dalam surah Fathir ayat 11




2. Thiin iaitu tanah yang bercampur air sebagaimana yang diterangkan di dalam surah As-Shaafaat ayat 11




3. Hama'im iaitu tanah bercampur udara

4.
Shalshaal iaitu bahagian tanah yang separuh kering. Ia diterangkan dalam surah al-Hijr ayat 26





5. Lazib iaitu tanah yang sempurna adunannya dan sudah dibentuk. Hal ini diterangkan di dalam surah As-Shaaffat ayat 11





6. Fakhkhaar iaitu tanah yang sempurna bentuknya dan mempunyai kekuatan daya tahan panas sebagaimana firman Allah dalam surah Rahman ayat 14.




7. Kemudian ditiupkan RUH dan dengan demikian sempurnalah kejadian Adam yakni sebagai manusia pertama. Kesempurnaan kejadian itu yang terang dan jelas tersusun daripada bahan Alam Ulwi dan Sufli, lalu disempurnakan lagi dengan kejadian batinnya, lalu dipamerkan oleh Allah kepada Malaikat sebagaimana yang diceritakan di dalam surah al-Baqarah ayat 31-33.







Daripada Adam, lalu dijadikan Hawa dan daripada mereka diciptakan keturunan manusia melalui percantuman benih lelaki dan perempuan yang dikenali sebagai NUTFAH. Kemudiannya menjadi segumpal darah (ALAQAH) kemudiannya seketul daging (MUDGHAH) kemudian menjadi beberapa tulang (I’ZHAM) kemudian tulang yang dibaluti dnegan daging seterusnya lembaga yang ditupkan roh oleh Allah. Firman Allah yang berbunyi :





Bahawasanya seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya di dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian merupakan alaqah( segumpal darah) seumpama demikian( selamana 40 hari) kemudian dia merupakan mudghatan ( segumpal daging) seumpama demikian ( selama 40 hari). Kemudian Allah mengutus malaikat, maka diperintahkan kepadanya (malaikat) empat perkataan. dan dikatakan kepada malaikat: Engkau tullislah amalannya, rezekinya, ajalnya dan celaka atau bahagianya.Kemudian ditiupkanlah kepada makhlik itu....


Hadis Riwayat Imam al-Bukhari, 248




Sebelum penulis membincangkan proses kejadian manusia menurut al-Quran, adalah lebih baik kiranya penulis menyatakan serba sedikit pandangan sains berkaitan manusia.




MANUSIA MENURUT PANDANGAN SAINS





Gambar rajah :

Proses kejadian manusia menurut Sains



Menurut kajian sains, manusia sebagai individu yang terdiri daripada sel daging, tulang, saraf, darah dan lain-lain yang membentuk jasad. Pertemuan benih ayah dan ibu membentuk janin dalam rahim ibu, yang tumbuh secara evolusi. Setelah janin itu sempurna Ia lahir sebagai bayi. Jikalau dipandang secara jasmaniah tidak banyak beza proses pertumbuhan janin manusia daripada haiwan peringkat tinggi, akan tetapi setelah janin itu lahir sebagai manusia , terdapat perbezaan yang asasi antara bayi manusia dan bayi haiwan, perbezaan itu semakin hari akan kelihatan.Proses untuk menjadi lebih dewasa bagi anak haiwan lebih cepat berbanding anak manusia.Sebagai contoh, anak ayam setelah keluar daripada telur, ia akan boleh berjalan dan mencari makanan sendiri. Akan tetapi, anak manusia memerlukan waktu yang lebih panjang dan lama untuk dapat mencari makan. Anak manusia memerlukan waktu yang panjang untuk mendapat pendidikan bagi dapat berdiri sendiri . Makin moden satu masyarakat, maka makin lama masa yang diminta oleh pendidikan untuk mendewasakan warganya.




Anak haiwan tidak memerlukan pendidikan. Tindakan dan nauluri perbuatan haiwan berasas dan dikendalikan oleh naluri. Naluri ialah kemahuan tidak sedar dalam diri manusia, haiwan dan tumbuhan sejak ia lahir lagi. Anak haiwan dengan sendirinya pandai makan tanpa perlu ditunjuk ajar oleh orang tuanya.Burung dengan sendirinya dapat membuat sarang seperti yang dibuat oleh ibunya sebelum ini.



Semenjak lahir, anak manusia telah membezakan dirinya daripada anak haiwan. Ia mempunyai perasaan rohaniah dimana ia merasa suka dan duka, ia ketawa dan menangis. Ia memiliki kehidupan batin padanya yang maan tumbuh kesedaran akan diri dan persekitarannya dan apa yang paling penting adalah tumbuh kemampuan untuk berfikir, sehingga dapat mempelajari bahasa yang didengari daripada orang persekitarannya.Melalui bahasa itulah, anak manusia itu dapat menyalurkan apa jua yang ada dalam dirinya kepada orang di sekelilingnya. . Maka terjalinlah hubungan rohaniah di antara anak manusia itu dengan anggota masyarakat. Justeru, ia menjadi ahli masyarakat dengan meneyrtai kehidupan sosialnya.




Berdasarkan kepada perkara yang diperhatikan dalam proses pertumbuhan anak manusia, dapatlah difahami bahawa manusia memiliki aktiviti kejiwaan, yang memungkinkannya menyertai aktiviti social. Kejiwaan dan social inilah yang tidak ada pada haiwan, sekalipun jika dipandang dari segi jasmani tidak banyak perbezaannya antara orang hutan, cimpanzi atau gorilla dengan manusia. Kerana itulah Julian Huxley, seorang neo-Darwinis yang terkenal juga menyebut manusia sebagai makhluk yang berjiwa dan bermasyarakat.



Sains sendiri mengakui bahawa dalam diri manusia ada jiwa, bahkan penganut teori evolusi pun mengakuinya.Apa yang menjadi permasalahan adalah apakah unsur jiwa itu unsur asal yang berdiri secara sendiri atau ia hanya merupakan fungsi atau aktiviti dari jasad dengan anggota tubuh badannya. Perkara ini tidak mungkin dapat diselesaikan melalui sains.Asas sains adalah penyelidikan dan eksperimen. Penyelidikan dan eksperimen hanya boleh dilaksanakan ke atas benda yang bersifat material sedangkan jiwa adalah perkara ghaib.




Berdasarkan huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa menurut sains, manusia terdiri daripada jasad yang bermula dengan benda, ia tidak banyak beza dengan jasad haiwan. Akan tetapi dari segi batiniah perbezaan yang amat ketara akan kelihatan. Manusia mempunyai jiwa yang memungkinkan otak itu berfikir. Kalbunya jadi sumber penghayatan rohaniah dan tangan menjadi pangkal teknik, mewujudkan apa yang difikirkan oleh otak dan dirasakan oleh kalbu. Sains juga telah menyediakan satu cabang khusus untuk jiwa yang lebih dikenali sebagai psikologi. Jiwa memungkinkan individu manusia membentuk kehidupan sosial. Kehidupan sosial inilah yang membentuk masyarakat dan di dalam masyarakatlah manusia hidup secara kemanusiaan.





PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN



PERINGKAT SATU



NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani

Maksud firman Allah dalam surah al-Insan : 2

" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "

Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf yang membawa ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran

Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.

Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.



SPERMA + OVUM




PERINGKAT KEDUA



ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telur yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.

Firman Allah yang bermaksud

" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"

al-Mukminun : 14

Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :

  • sesuatu yang bergantung atau melekat
  • pacat atau lintah
  • suatu buku atau ketulan darah


Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim.




PERINGKAT KETIGA


MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14

Firman Allah yang bermaksud

"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"

al-Mukminun : 14

Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi ke situ bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.



PERINGKAT KEEMPAT


IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.

Firman Allah yang bermaksud :

"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"

al-Mukminun : 14

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke paru-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.




Janin pada usia 12 minggu



PERINGKAT KELIMA


NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.



Janin mendapatkan makanan melalui uri





PERINGKAT KEENAM


NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t.



Bayi sebaik sahaja dilahirkan


Selain itu, manusia juga sering mendapat pujian Allah seperti kenyataan manusia dalam bentuk dan keadaan yang sebaiknya.



Kemudian tidak kurangnya tentang pemuliaan manusia sebaik mahkluk paling mulia berbanding makhluk lain.



Walau bagaimanapun, manusia juga sering mendapat celaan Allah disebabkan sikap yang ingkar akan nikmat, banyak membantah serta bersifat keluh kesah lagi kedekut. Berikut ayat al-Quran yang menyatakan sifat negatif manusia








Sungguhpun demikian, berdasarkan ayat di atas ini tidak menunjukkan bahawa ayat al-Quran itu bercanggah di antara satu sama, lain tetapi ayat2 itu menunjukkan kelemahan-kelemahan manusia agar dihindarinya, di samping menunjukkan bahawa mahkluk ini mempunyai potensi untuk menempatkan diri di tempat yang tertinggi sehinggalah dia terpuji atau di tempat yang rendah sehinggalan dicela.



Penulis juga menyertakan video kejadian manusia menurut Sains yang diambil daripada laman Harun Yahya. Pengunjung boleh menonton video di bawah ini penuh penghayatan.



Penullis memohon maaf di atas segala kelemahan yang terdapat di dalam laman ini, segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala yang lemah itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri. Semoga anda beroleh manfaat daripada laman ini....Sekian..






Video Kejadian Manusia




RUJUKAN

1. Buku teks Pendidikan Al-Quran dan Sunnah (ting.4)
2. Perjalanan Roh Manusia: Melalui Empat Alam
Muhammad Baihaqi, 1995
3. Di Bawah Cahaya Al-Quran Sepanjang Zaman
ABu Mazaya Al-Hafiz
4. Manusia dan Islam : Jilid 3
Haron Din 2000


SEBELUMNYA

BERIKUTNYA>>>

Read more...

PERINGKAT KEHIDUPAN

Terdapat 5 peringkat kehidupan manusia

SUMBER RUJUKAN I

  • 1. Al-Quran
  • 2. Abd. Al-Basith Muhammad. 2006. Semesta Ruh: Cara Nabi Melesatkan Potensi Diri. PT Serambi Ilmu Semesta. Jakarta.
  • 3. Abu Mazaya Al-Hafiz 2007.Di Bawah Cahaya Al-Quran Sepanjang Zaman. Al-Hidayah Publishers.Kuala Lumpur
  • 4. Al-Soouti. 1994/1996. Ilmu Mengenal Allah. Perniagaan Jahabersa. Johor Bahru.
  • 5. Amiruddun Faatih. 2006. Penerokaan Roh ke Alam Ghaib. Al-Hidayah Publishers. Kuala Lumpur.
  • 6. Azwira Abdul Aziz, Ahmd Kamil Haji Mat dan Muhamad Hashim Nawawi 2006. Buku Teks Pendidikan Al-Quran dan Sunnah tingkatan Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur
  • 7. Haron Din. 2007. Islam: Ada Apa Dengan Islam?. PTS Millennia Sdn. Bhd.. KualaLumpur.

PROSES KEJADIAN MANUSIA

Terdapat 7 proses kejadian manusia

DIRIKANLAH SOLAT

SUMBER RUJUKAN 2

  • 14. K. H. Habib Abdullah Zakiy Al-Kaaf. 2005. Manusia, Alam Roh dan Alam Akhirat: Perjalanan Panjang Menuju Kehidupan Abadi. CV Pustaka Setia. Bandung.
  • 13. Ismail Abdullah Siputeh. 2006. Insan Dari Aspek Etimilogi dan Perspektif Islam. Kolej Universiti Islam Malaysia. Negeri Sembilan.
  • 12. Hussien Fuad Talabah. 1980. Renungan Mendalam Terhadap Ciptaan-Ciptaan Tuhan (Terj. Ismail Mohd Hassan). Yayasan Islam Terengganu.
  • 9. Harun Yahya. 2003. Darwinism Refuted: How the Theory of Evolution Breaks Down in the Light of Modern Science. Goodword Books. India.
  • 8. Haron Din. 2000. Manusia dan Islam :Jilid Tiga. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
  • 11. Harun Yahya. 2003. The Miracle of Human Creation (Terj. Ron Evans). Goodword Books. India.
  • 10. Harun Yahya. 2003. Keajaiban Ciptaan Allah (Terj. Rohidzir Rais). Saba Islamic Media.Kuala Lumpur.

TEORI AHLI FIKIR

Teori Evolusi diperkenalkan oleh C.Darwin

SUMBER RUJUKAN 3

  • 21. Yusuf bin Abdullah. 1996. Alamat-alamat Besar : Kedatangan Hari Kiamat (Terj. Drs As’ad Yasin dan Drs Zaini Munir Fadholi). Era Ilmu Sdn. Bhd.. Kuala Lumpur.
  • 20. Supriadi Jaddari. 2002. Rahsia Alam Kubur: Perjalanan Hakiki Setiap Insan (Jilid 3).Perniagaan Jahabersa. Johor Bahru.
  • 19. Supriadi Jaddari. 1999. Perjalanan Hakikat Setiap Insan (Jilid 1). Perniagaan Jahabersa.Johor Bahru.
  • 18. Smith J. I. dan Haddad Y. Y.. 2004. Maut, Barzakh, Kiamat dan Akhirat: Ragam Pandangan Islam Dari Klasik Hingga Modern (Terj. Dedi Slamet Riyadi) PT Serambi Ilmu. Jakarta.
  • 17. Muhammad Baihaqi. 1995. Perjalanan Roh Manusia Melalui Empat Alam. Al-Hidayah Publisher Ilmu Cahaya Kehidupan. Kuala Lumpur.
  • 16. Muhammad Abdul Aziz AL-Hillawi. 2001. Roh itu Misterius (Ditahqiq oleh Muhammad Abdul Aziz AL-Hillawi). Buku Islam Klasik. Jakarta.
  • 15. Mohd. Baqir Mohd Ali. 1996. Rahsia Dan Hikmah di Sebalik Penciptaan Allah. Perniagaan Jahabersa. Johor Bahru.

BIL.PENGUNJUNG

.:: Nasyid Fm ::.

  © Blogger template Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP