PETA KONSEP

BAHAN PENGAJARAN

Untuk maklum pembaca semua khususnya golongan Ustaz dan Ustazah yang nak menggunakan laman ini dalam untuk proses P&P, di bawah ini penulis menyertakan Rancangan Pengajaran Harian dan BBM Power Point. Boleh lah download yer...Contoh power point boleh tengok kat bawah ni..
1. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
2. POWER POINT MANUSIA
3. VIDEO MANUSIA
Uploaded on authorSTREAM by aniesfarieyana

PERINGKAT KEHIDUPAN MANUSIA

>> Wednesday, November 19, 2008



Topik perbincangan pada kali ini adalah berkaitan dengan peringkat kehidupan manusia di dalam lima alam.


Manusia yakni kita semua adalah dari zuriat Adam AS ini dalam menuju kepada tempat kembali ke hadrat Ilahi kelak, dimana pasti akan melalui lima peringkat kehidupan. Ringkasnya ia terdiri daripada alam Ruh, alam Rahim, alam Dunia, alam Barzakh dan alam Akhirat.



1. ALAM RUH


Sebelum dijadikan jasad, manusia pada awalnya berada di alam ruh.Kita sebagai manusia biasa tidak mengetahui akan hakikat bilakah ruh dijadikan. Ulama berpendapat bahawa kewujudan ruh adalah semenjak azali lagi sama seperti kejadian malaikat dan jin. Suatu ketika dulu, nabi Adam telah diiringi oleh para malaikat ke lembah bersebelahan denga bukit Rahmah, sebuah lembah yang sangat besar. Di sana dengan kekuasaan yang dimiliki oleh Allah, telah dikeluarkan dari tulang belakang Adam akan seluruh ruh anak cucu nya bermula dari awal dunia hinggalah ke akhirnya kelak termasuklah anak yang keluar kerana kefufuran. Ruh2 tersebut telah disusun demikian rupa namun lembah tersebut masih penuh sesak sehinggakan menabjubkan para malaikat kerana sekiranya ruh2 itu diberikan jasad sudah tentu akan sempitlah permukaan bumi ini. Ruh2 tersebut dikeluarkan bagi mengikat tali perjanjian dengan Allah dan dimasukkan semula ke tulang belakang Adam dan akan dilahirkan bila tiba saatnya kelak. Isi perjanjian di antara ruh dengan Allah itu berbunyi berikut :


"MENGAKUI DAN NAIK SAKSI AKAN KETUHANAN ALLAH DAN KEESAANNYA, YAKNI TAAT KEPADANYA DAN MENGINGAT SEGALA TITAH PERINTAHNYA SERTA MENJAUHI SEGALA MACAM LARANGANNYA"



Perjanjian di atas dapat kita buktikan melalui firman Allah di dalam surah Al-A'raf ayat 172-174.


Apabila ruh dah ditiupkan ke dalam jasad akan berlakulah beberapa perubahan. Ada yang dapat kita perhatikan. Sesungguhnya apa yang terjadi pada janin di dalam rahim setelah ditiupkan ruh dapat diketahui dengan menelaah perubahan fungsional, perubahan spesifikasi, gerak, respons terhadap pelbagai pengaruh dan emosi.


Wahai Saudaraku sekalian,

Demikianlah hal yang berkaitan dengan alam Ruh, semoga Allah Taala selalu peringatkan dan menyedarkan kita serta dipermudahkan olehNya untuk menunaikan janji asal kita itu sekaligus mendapatkan keredhaanNya..maka.. Sebagai manusia, kita adalah salah seorang keturunan Adam yang tidak terlepas daripada perjanjian taat kepada Allah, kita hendaklah insaf dan sedar serta wajib menunaikan janji dan menepati persaksian yang telah kita lakukan sendiri di alam Ruh tersebut.



2. ALAM RAHIM


Alam kedua yang pasti dilalui oleh semua umat manusia adalah alam rahim. Rahim menurut bahasa arab bererti kasih sayang.Ia dinamakan alam rahim kerana benih atau calon manusia yang berada di dalamnya adalah sangat dikasihi dan disayangi sedemikian rupa baik oleh ibu bapa mahupun siapa sahaja yang mengetahui bahawa ibu itu sedang mengandung sehinggakan kesihatan dan keperluannya akan dijaga dengan sempurna.Tingkat petumbuhan kejadian manusia di dalam rahim ibu adalah sebagaimana yang diceritakan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tabrani dan Ibnu mandah daripada sanad At-Tarmizi dan An-Nasai, Rasulullah bersabda yang bermaksud "Sesungguhnya bilamana Allah berkehendak menjadikan seseorang hambanya , ditakdirkan suami melakukan jimak terhadap isterinya, maka mengalirlah air maninya meresap ke segenap urat-urat dan anggota isterinya. Bila telah sampai pada hari ketujuh, terus dihimpunkan oleh Allah bersama-sama dengan air mani wanita itu sendiri. Kemudian mulailah dihadirkanlah segala urat-urat yang diperlukan bayinya, selai kejadian Adam sendiri di dalam bentuk dan rupa apa yang dikehendakiNya, terus disusun-Nya"

Allah mula menjadikan jasad setelah percantuman air benih di dalam rahim.Manusia berada di alam rahim ibu selama 9 bulan 10 bulan dengan izin Allah. Tingkat penyusunan manusia diterangkan oleh Allah dalam firman-Nya ayat 12-14 surah al-Mukminun.





Allah berfirman di dalam ayat 5 surah al-Hajj diperjelaskan bahawa gumpalan daging itu akan menjadi dan tidak dan bahawa peredaran kejadian terjadi dan telah ditetapkan di dalam rahim sampai beberapa masa yang dikehendaki Allah barulah ia akan dikeluarkan ke alam dunia ini sebagai bayi dan seterusnya ayat itu berbunyi :




Menurut sepakat ulama mengatakan bahawa masa pemberian nyawa/jiwa pada seseorang calon manusia di dalam rahim tidak boleh tidak kecuali setelah 4 bulan. Ada riwayat dari Ibnu Abbas RA mengatakan bahawa nafkhurruh itu diberikan setelah empat bulan 10 hari.Imam Ahmad bin Hanbal RA juga sependapat dengannya. Melihat dari segi inilah juga terselit hikmah dan rahsia dimana Islam menetapkan tempoh iddah seorang isteri yang kematian suami adalah 4 bulan 10 hari yakni lebih kurang 130 hari. Dalm eti kata lain, bila masuk bulan kelima dengan kenyataan wanita itu tidak hamil, maka dia akan dianggap suci.Maka lihatlah wahai umat manusia betapa indah dan lengkapnya Islam dalam pelbagai aspek..

U
lama fiqh menerangkan bahawa apabila seorang wanita yang sedang dalam keadaan normal tidak mengeluarkan darah kotoran (haid) lagi, maka itulah suatu tanda saat permulaan kehamilannya. Darah itu terkumpul terus selama mana perkembangan kandungannya hingga saat nafkhurruh. Bila mana suatu janin itu telah diberi nyawa, maka darah haid itulah makanannya melalui tali pusatnya, sebab mulutnya belum boleh terbuka selama mana ia masih di dalam kandungan. Seterusnya janin akan berkembang membesar sehinggalah masuk bulan kelima. Pada masa itu, ia akan memakan apa yang dimakan dan diminum oleh ibunya melalui tali pusat serta merasa apa yang dirasaka oleh ibunya..Maha Agung Pencipta sekalian mahkluk..

Wahai saudaraku sekalian...

Berdasarkan kepada huraian di atas, jelaslah asal kejadian manusia daripada tanah dan darah nutfah, maka seharusnya manusia jangan suka berlagak sombong dan membanggakan diri kerana kita semuanya berasal daripada tanah dan darah yang kotor. Sehubungan dengan itulah, kita dikehendaki merendahkan diri dengan sujud melakuakn solat lima kali sehari agar kesombongan yang ada paad diri akan lenyap..ingatlah bahawa daripada tanah kita diciptaka dan kepada tanaklah juga kita akan dikembalikan dengan perintah Allah dan dari tanahlah jua kita akan dibangkitkan ke muka pengadilan di akhirat kelah ..Masya allah...

Bukan itu juga, kita sebagai manusia,hendaklah ingat akan jasa kedua orang tua dan berbaktilah kepada mereka atas dasar merekalah kita alhir ke dunia ini, ibu kita yang telah mengandungkan kita selama sembilan bulan 10 hari denagn melalui pelbagai cabaran dan penderitaan hatta di dalam hadis nabi sekalipun mendahulukan berbakti kepada kedua ibu bapa barulah berjuang di jalan Allah.



Ibu Mas'ud berkata : Saya bertanya kepada Rasulullah SAW: Pekerjaan apakah yang paling disukai oleh Allah? Baginda menjawab: Melakukan sembahyang pada awal waktunya. Saya berkata lagi. kemudian apa lagi. Jawabnya: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Lalu saya bertanya lagi: Sabdanya: melakukan perang sabil."




3. ALAM DUNIA


Setelah cukup tempoh yang dikehendaki oleh Allah, manusia akan lahir ke alam dunia sebagaimana yang telah diaturkan oleh Allah. Di peringkat kehidupan inilah, manusia menjalani kehidupan yang agak lama sebelum berngkat ke alam lain. Di alam dunia, manusia menimba pelbagai ilmu pengetahuan serta melakukan pelbagai amalan bagi bekalan di alam akhirat kelak.Hakikat kejadian manusia di dunia adalah untuk melaksanakan tugas kekhalifahan, membangun dan mengelola dunia ini sesuai dengan kehendak Allah, kerana tujuan hidup manusia telah ditetapkan yakni mengabdikan diri kepada Allah. Manusia diberikan tugas yang berat ini disebabkan kelebihan dan keistimewaan yang dianugerahkan kepada manusia yang mana tidak dimiliki oleh mahkluk lain seperti :

1. Kemampuan untuk mengetahui sifat-sifat, fungi dan kegunaan pelbagai benda. Hal ini digambarkan di dalam firman Allah :




2. Bumi, langit dan seluruh isinya telah ditundukkan kepada manusia sebagaimana firman Allah :





Menurut kebiasaannya, apabila bayi itu lahir sahaja ke dunia ini, ia akan menangis dan menjerit. Bilamana ia tidak berbuat demikian, pasti ada yang tidak kena pada bayi tersebut.Maka bidan akan melakukan sesuatu agar ia boleh kembali krpada keadaan yang normal seperti membuat urutan dan sebagainya.Menurut riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah bersabda " Tiap-tiap anak Adam itu, ditusuk oleh syaitan pada lambung sisinya ketika ia dilahirkan, kecuali Isa bin Maryam, syaitan hendak menusuknya, tetapi terkena kepada hijabnya sahaja. Berpandukan hadis ini jelaslah bahawa sebab yang menyebabkan setiap bayi yang dilahirkan pasti akan menjerit atau menangis di awal kelahiran adalah daripada tusukan kaum syaitan sebagai tanda perkenalan dimana ia telah bersiap sedia untuk menjalankan tugas untuk menyesatkan anak cucu Adam. Walau bagaimanapun, jika dilihat dari segi ilmiah moden, bayi itu menjerit atau menangis disebabkan kerana akibat daripada menempuh udara luar( dari alam rahim) yang dingin yang mengandungi zat oksigen,hidrogen, karbon dioksida dan lain2 yakni berbeza ketika berada di alam rahim.Di alam dunia manusia melalui beberapa fasa seperti alam bayi, remaja, dewasa dan tua serta sehinggalah dia kembali kepada Pencipta yang Esa.



Jikalau rahim membawa maksud kasih sayang, maka duni pulak membawa maksud
dekat. Ada pula yang mengatakan bahawa dunia boleh diertikan sebagai "kehinaan, kebencian, kekotoran dan kerendahan". Berdasrkan kepada pengertian ini, kita dapati hampir setiap lembaran kitab Allah ada yang menyatakan perihal kekejian dunia yang mampu menarik perhatia manusia daripada menghampiri akhirat, bahkan Rasul dan Nabi diutuskan untuk mengajak umat masuia kembali mengingati kematian yakni hari akhirat bukannya dunia yang hanya bersifat sementara ini.

Islam memandang kehidupan manusia di alam dunia ini sebagai bentuk ujian dan percubaan kerana apakah manusia dalam hidupnya melakukan perbuatan yang baik, mempergunakan segala sesuatu yang dianugerahkan kepadanya sesuai dengan peraturan-peraturanNya, menunaikan hak dan kewajipannya selaras dengan ajaran yang telah ditetapkanNya agar dapat diketahui siapa di antara mereka yang baik amal perbuatannya. Firman Allah Taala :



Jesteru itu, janganlah manusia itu mengira bahawa dirinya akan terlepas begitu sahaja di dunia ini dengan sia-sia tanpa ada peraturan, semahunya sahaja tidak merasa diawasi atau dikawal bagaikan haiwan yang tidak punya peraturan dan kesopanan.Firman Allah Taala :





Manusia itu sebagai makhluk yang berakal fikiran di dunia ini, tetap dijadikan Tuhan lengkap dengan tujuan hidup, tugas hidup dan diawasi dengan teliti dan cermat sekali.Segala tidak tanduk manusia di alam ini akan dipertanggungjawabkan di hadapan Tuhan yang telah memberikan hidup dan kehidupan serta syarat hidup kepadanya. Wallahu a'lam...




4. ALAM BARZAKH


Setelah manusia selesai menjalani kehidupan di alam dunia, mansia akan dimatikan dan dipindahkan ke alam barzakh.Di alam barzakh manusia akan diberikan balasan yang setimpal dengan perbuatannya di dunia. Dengan kematian, seseorang itu baru memasuki saat peristiwa sesudahnya.Dalam sebuah riwayat dinyatakan bahawa :

“ Siapa yang meninggal, maka kiamatnya telah bangkit”

Kiamat ini dinamakan “ kiamat kecil”. Alam barzakh merupakan tempat persinggahan selama mana menanti kedatangan kiamat besar, yang akan berlaku dengan peniupan sangkakala pertama. Dari segi bahasa barzakh bererti ‘pemisah’. Para ulama mentafsirkan alam barzakh sebagai tempoh antara kehidupan dunia dan akhirat. Imaam Ahmad Inb Hanbal, al-Tabarani, Ibnu Abi ad-Dunya dan Ibnu Majah meriwayatkan melalui sahabat Nabi SAW, Abu Said al-Khudri bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya yang meninggal mengetahui siapa yang memandikannya, yang mengangkatnya, yang mngkafankannya dan siapa yang menurunkan ke kubur”.

Apabila salah seorang di antara kamu meninggal, amak akan diperlihatkan kepadanya setiap pagi dan petang tempat tinggalnya( kelak di hari akhirat). Kalau dia penghuni syurga, maka akan diperlihatkan tempat penghuni syurga dan kalau dia penghuni neraka, maka akan diperlihatkan tempat penghuni neraka. Disampaikan kepadanya bahawa inilah tempatmu sehinggalah Allah membangkitkanmu ke sana”

( Hadis Riwayat Bukhari)

Ketahuilah wahai hamba Allah, kubur adalah persinggahn pertama menuju akhirat.Orang mati bererti telah mengalami kiamat kecil.Apabila seorang hamba telah dikubur, akan diperlihatkan kepadanya tempat tinggalnya nanati pada pagi hari yakni antara waktu fajar dan petang. Apabila ia termasuk di dalam penghuni Syurga, akan diperlihatkan tempat tinggalnya di Syurga, dan apabila ia diperlihatkan penghuni neraka akan diperlihatkan tempat tinggalnya di neraka.Seorang mukmin akan diperluaskan kuburnya seluas 70 hasta dan kuburnya akan dipenuhi dengan tanaman hijau hingga datang hari kebangkitan. Orang kafir ia akan dipukul dengan besi, kuburnya akan dijadikan sampai sempit sehinggga remuklah tulang rusuknya.




Setelah seseorang itu mati da dimasukkan ke dalam kubur, maka bermulalah segala apa yang pernah diceritakan kepada kita sebelum ini yakni sambutan kubur, himpitan dan seterusnya fitnah kubur hunggalah situasi dimana ia akan terus2an diseksa ataupun hidup bersenang lenang. Segalanya terletak pada amalan masing2 semasa hidup di dunia. Ketika si mati berada di dalam kubur, ruhnya akan dikembalikan kepadanya tetapi bukan dalam keadaan sedia kala, hanya dikembalikan kepada salah satu anggota badannya.Maka akan bangunlah si mati seolah2 dari tiur, lalu melihat ke kiri dan kanan dalam satu ruangan yang sempit, gelap gelita, maka merataplah ia seolah2 mengadu alangkah gelapnya, alangkah sempitnya padahal suatu ketika dulu dia mempunyai rumah yang luas dan indah,keluarga yang ramai bergelak ketawa, kini dia keseorangan di dalam kesempitan... Dalam pada masa ayng sama , ia terdengar panggilan dari seorang malaikat yang bernama Ruman yang bertugas mendatangi setiap kubur untuk menyuruh penghuni kubur menulis segala aml perbuatan mereka semasa di dunia. Maka penghuni kubur akan menulis amal perbuatan mereka di atas sepotong kain kafannya menggunakan jarinya sebagai kalam dan air liur sebagai tinta. Setelah selesai, malaikat tersebut akan melipat dan menggantungkannya pada leher penghuni kubur tersebut. Ia sesuai dengan firman Allah di dalam ayat 13 surah al-Isra' :





Setelah selesai akan kejadian di atas, maka akan datanglah malaikat yang melakukan fitnah kubur iaitu Munkar dan Nakir.eduanya dinamakan sedemikian kerana bentuk dan rupanya tidak dapat dibandingkan dengan apa jua makhluk. Menurut Imam Ghazali yang diriwayatkan dari Abdullah mas'ud RA, Nabi SAW ada menyebutkan sifat2 dan rupa kedua malaikat terebut iaitu keduanya hitam legam membelah bumi dengan taringnya, mempunyai bulu yang panjang mengheret bila ia berjalan, suaranya bagaikan halilintar yang membelah bumi, matanya bak kilat menyambar dan nafasnya seperti angin puyuh melanda apa2 yang melintang di hadapannya. Masing2 membawa sebuah pemukul dari besi yang beratnya tidak akan terangkat oleh sekumpulan jin dan manusia yang jikalau dipukulkan kepada suatu gunung, gunung itu akan adi mendatar. Maka apabila satu jiwa melihatnya, nescaya lari lintang pukang,demikianlah perumpaan Nabi SAW tentang keduanya.



Seterusnya tempoh seorang itu akan mengalami fitnah kubur, tidak ada sesuatu yang jelas menerangkannya. Di dalam fitnah kubur itu akan dilakukan beberapa pertanyaan sebagaimana di daalm riwayat Abu Daud kedua malaikat itu mengatakan kepada si polan: Siapa Tuhanmu, apa agamamu dan siapa orang lelaki yang dibandingkan dan diutus kepada kamu? Maka orang mukmin akan menjawab : Tuhanku ialah Allah dan agamaku ialah Islam dan lelaki yang diutus kepadaku ialah Rasulullah sedangkan orang kafir tidak mampu untuk menjawab ketiga-tiga pertanyaan tersebut. Pertanyaan Munkar dan Nakir atau lebih jelas fitnah kubur tidaklah umum meliputi seluruh manusia , sebab difahamkan dari beberapa hadis terdaapt beberapa golongan yang dikecualikan daripada fitnah kubur. Golongan tersebut terdiri daripada orang yang mati syahjid dalam peperangan atau membela kesucian agama Islam, orang yang mati dalam keadaan menyediakan diri untuk Allah semata-mata, orang yang mati akibat wabak taun, orang yang mati bukan kerana wabak taun tetapi tinggal berdiam diri di dalam negeri yang dilanda wabak taun dan orang yang mati ketika kanak-kanak.

Seterusnya adalah perihal berkaitan dengan seksa kubur.Berikut merupakan beberapa jenis seksaan di alam barzakh. Antaranya adalah :

1. seksa kubur bagi orang kafir
- Waili berkata dalam kitab Al-Ibaanah dari hadis malik bin Mu'awwal dari Naafi dari Ibnu Umar, ia berkata : " Di saat aku berjalan di kawasab Badar, tiba-tiba muncul seorang lelaki dari dalam bumi memakai rantai di leher. Hujungnya dipegang oleh seorang yang berkulit hitam. Ia memohon: " Hai Abdullah, berilah aku minum" Ibnu Umar berkata " aku tidak tahu apakah ia mengenal namaku" Orang hitam itu berkata kepadaku: "Jangan beri ia minum, kerana ia orang kafir" Ia menarik dan memasukkannya ke dalam bumi. kemudian aku mendatangi Rasulullah SAW dan memberitahu baginda. " Nabi SAW berkata ; ' Apakah engkau telah melihatnya? Itu adalah musuh Allah, Abu Jahal dan itu adalah seksaan hingga hari kiamat".

2. Seksa kubur bagi orang derhaka
- Dari Amru bin Dinar bahawa ada seorang lelaki penduduk Madinah mempunyai seorang saudara perempuan di pinggiran kota Madinah yang sedang sakit lalu meninggal dunia. Kemudian dia mengebumikan saudara perempuannya itu. Ketika pulang, ia teringat akan sesuatu yang tertinggal di dalam kubur saudaranya. Maka ia pun meminta tolong seorang teman untuk membongkar kubur saudaranya itu. Kelihatan terdapat api menyala di dalam liang lahad. setelah itu, ia kembali mendaaptkan ibunya dan bertanyakan perilaku saudaranya itu. ibunya pun mengtakan bahawa eingatnya si anak dulu sering menunda solat, seringkali bersolat tanpa wudu',ia suka mendatangi pintu2 para tetangga lalu mendengar khabar mereka dan menceritakan kepada orang lain.

3. Seksa kubur bagi orang mengadu domba
- Mengadu domba, menfitnah, mereka percakapan yang menyakitkan hati orang lain.Menurut riwayat Syaikhain (Bukhari dan Muslim) bahawa Rasulullah SAW ketika dalam suatu perjalanan melalui dua kuburbeliau berkata kedua orang ini sedang diseksa dan bukanlah keduanya diseksa daalm suatu yang besar dari segi dosanya. Adapun salah seorang di antaranya tadi ketika amsih hidup adalah orang yang suka mengadu domba, memfitnah dan mereka reka percakapan yang boleh menyakitkan hati orang lain sehingga keduanya bermusuhan, sedang yang seorang lagi adalah tidak berhati-hati melakukan kebersihan dari kencingnya. mengenai hadis ini, para ulama berkata berhati2 melakukan kebersihan dari kencing itu adalah wajib hukumnya. Manusia tidak kaan diseksa melainkan meninggalkan sesuatu yang wajib.Demikian pula diqiaskan kepada soal kencing dengan kewajipan menghilangkan segala macam najis.





5. ALAM AKHIRAT


Kehidupan akhirat dimulakan dengan peniupan sangkakala.





Semua yang berada di alam ini akan hancur dan mati melainkan Malaikat Israfil yang bertugas meniupkan sangkakala itu.Hal ini kerana masih ada lagi peniupan untuk kali kedua. Terdapat jarak di antara peniupan yang pertama dan kedua. Hanya Allah sahaja yang mengetahui akan kejadian itu.Sebaik sahaja peniupan sangkakala yang kedua, manusia akan dihidupkan semula sebagaimana firman Allah:






Saat peniupan kali kedua, manusia baru sedar bahawa kehidupan di dunia hanya bersifat sementara bahkan mereka hanya bagaikan beberapa saat petang atau pagi hari.Berikut merupakan firman Allah yang berkaitan dengannya.






Dari sana manusia akan diarak ke Padang Masyar yakni tempat untuk menghadapi pengadilan Allah SWT. Pengadilan agung akan berlaku di mahkamah Allah. Bahkan boleh jadi mulut kita akan ditutup dan yang akan berkata2 adalah tangan, kaki dan seluruh anggota badan kita yang menjadi saksi segala amal perbuatan kita semasa di dunia.Pada hari pembalasan itu, tidak ada yang dapat mengelak daripada menyembunyikan sesuatu pun walaupun sekecil zarah sekalipun.






Pengadilan Allah itu akan dilakukan ke atas setiap individu yang mukallaf sebagaimana firman Allah:








Setelah berada di Padang Masyar menerima pengadilan yang seadil2nya dan diserahkan hasil amalan masing2, manusia akan bergerak menuju ke syurga atau neraka.Beberapa ayat dalam al-quran mengkhabarkan bahawa dalam pejalanan ke sana, kita akan melalui sebuah titian yang dinamakan ‘shirath’.Dikatakan bahawa titian itu sangat nipis dan lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang.







Diriwayatkan darpada sesetengah ahli ilmu baahwa mereka berkata “ tidak ada seorangpun yang dapat melepasi shirat melainkan setelah ditanya tentang keimanannya kepada Allah iaitu kalimah la ilaha illallah.Jika ia membawa kalimah itu dengan penuh keikhlasan dari segi tutur dan amalannya maka ia akan dapat menyeberanginya.Kemudian, tempat kedua ialah ttg solat. Ketiga ialah puasa Ramadan. Keempat ialah zakat.Kelima ialah haji dan umrah. Keenam ialah mandi dan wuduk. Ketujuh ialah penganiayaan terhadap manusia manusia.Diriwayatkan daripada Said bin Halal katanya telah sampai berita kepada kami bahawa shirat pada hari kiamat nanti terhadap sesetengah manusia lebih halus daripada rambut dan terhadap sesetengah yang lain seperti lembah yang luas. Katanya lagi Auf bin Abdullahn bin Suffyan al-Uqaili berkata Pada hari kiamat manusia akan melintasi shirat mengikut amalan mereka. Ada yang melintasinya dengan kecepatan sekelip mata, ada yang sepantas anak panah yang dilepasakan, ada yang seperti burung yang terbang laju, ada yang seperti kuda yang pantas, ada yang berjalan biasa dan ada yang merangkak2.




Berdasarkan kepada ayat tersebut, sebahagian ulama berpendapat bahawa dinamakan shirath kerana ia meripakan jambatan yang mesti dilalaui oleh setiap orang yang menuju ke syurga. Di bawah jambatan itu, terdapat neraka yang pelbagai tingkatannya. Setiap orang akan melintasinya dengan kecepatan yang sesuai dengan ketaqwaan masing2.Ada yang dikatakan akan melintas bagaikan kilat atau angin berhembus atau sepantas kuda dan ada juga yang merangkak tetapi akhirnya tiba juga.Tetapi bilamana orang-orang kafir melaluinya, mereka akan jatuh ke neraka mngikut ksesuaian kederhakaan mereka.Masya Allah…Bertaubatlah kita wahai manusia sebelum terlambat…




RUJUKAN :


1. Huru-hara di hari kiamat - Abdul malik Ali AL-Kulaib
Penerbit At-Tibyan Solo 2001


2. Panggilan Kubur dan Alam Akhirat 4- Muhammad Ramzi Omar

Pustaka Ilmi 2002


3.Kuburku Syurgaku : Kematian, hikmah, persiapan dan amalan2nya – Muhammad Taifiq Ali Yahya 2005

Penerbit Lentera Jakarta


4. Semesta Ruh : Cara Nabi Melesatkan Potensi Diri - Dr Abd al-Basith Muhammad

PT Serambi Ilmu Semesta Jakarta 2004



SEBELUMNYA

BERIKUTNYA>>>>

0 comments:

PERINGKAT KEHIDUPAN

Terdapat 5 peringkat kehidupan manusia

SUMBER RUJUKAN I

  • 1. Al-Quran
  • 2. Abd. Al-Basith Muhammad. 2006. Semesta Ruh: Cara Nabi Melesatkan Potensi Diri. PT Serambi Ilmu Semesta. Jakarta.
  • 3. Abu Mazaya Al-Hafiz 2007.Di Bawah Cahaya Al-Quran Sepanjang Zaman. Al-Hidayah Publishers.Kuala Lumpur
  • 4. Al-Soouti. 1994/1996. Ilmu Mengenal Allah. Perniagaan Jahabersa. Johor Bahru.
  • 5. Amiruddun Faatih. 2006. Penerokaan Roh ke Alam Ghaib. Al-Hidayah Publishers. Kuala Lumpur.
  • 6. Azwira Abdul Aziz, Ahmd Kamil Haji Mat dan Muhamad Hashim Nawawi 2006. Buku Teks Pendidikan Al-Quran dan Sunnah tingkatan Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur
  • 7. Haron Din. 2007. Islam: Ada Apa Dengan Islam?. PTS Millennia Sdn. Bhd.. KualaLumpur.

PROSES KEJADIAN MANUSIA

Terdapat 7 proses kejadian manusia

DIRIKANLAH SOLAT

SUMBER RUJUKAN 2

  • 14. K. H. Habib Abdullah Zakiy Al-Kaaf. 2005. Manusia, Alam Roh dan Alam Akhirat: Perjalanan Panjang Menuju Kehidupan Abadi. CV Pustaka Setia. Bandung.
  • 13. Ismail Abdullah Siputeh. 2006. Insan Dari Aspek Etimilogi dan Perspektif Islam. Kolej Universiti Islam Malaysia. Negeri Sembilan.
  • 12. Hussien Fuad Talabah. 1980. Renungan Mendalam Terhadap Ciptaan-Ciptaan Tuhan (Terj. Ismail Mohd Hassan). Yayasan Islam Terengganu.
  • 9. Harun Yahya. 2003. Darwinism Refuted: How the Theory of Evolution Breaks Down in the Light of Modern Science. Goodword Books. India.
  • 8. Haron Din. 2000. Manusia dan Islam :Jilid Tiga. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
  • 11. Harun Yahya. 2003. The Miracle of Human Creation (Terj. Ron Evans). Goodword Books. India.
  • 10. Harun Yahya. 2003. Keajaiban Ciptaan Allah (Terj. Rohidzir Rais). Saba Islamic Media.Kuala Lumpur.

TEORI AHLI FIKIR

Teori Evolusi diperkenalkan oleh C.Darwin

SUMBER RUJUKAN 3

  • 21. Yusuf bin Abdullah. 1996. Alamat-alamat Besar : Kedatangan Hari Kiamat (Terj. Drs As’ad Yasin dan Drs Zaini Munir Fadholi). Era Ilmu Sdn. Bhd.. Kuala Lumpur.
  • 20. Supriadi Jaddari. 2002. Rahsia Alam Kubur: Perjalanan Hakiki Setiap Insan (Jilid 3).Perniagaan Jahabersa. Johor Bahru.
  • 19. Supriadi Jaddari. 1999. Perjalanan Hakikat Setiap Insan (Jilid 1). Perniagaan Jahabersa.Johor Bahru.
  • 18. Smith J. I. dan Haddad Y. Y.. 2004. Maut, Barzakh, Kiamat dan Akhirat: Ragam Pandangan Islam Dari Klasik Hingga Modern (Terj. Dedi Slamet Riyadi) PT Serambi Ilmu. Jakarta.
  • 17. Muhammad Baihaqi. 1995. Perjalanan Roh Manusia Melalui Empat Alam. Al-Hidayah Publisher Ilmu Cahaya Kehidupan. Kuala Lumpur.
  • 16. Muhammad Abdul Aziz AL-Hillawi. 2001. Roh itu Misterius (Ditahqiq oleh Muhammad Abdul Aziz AL-Hillawi). Buku Islam Klasik. Jakarta.
  • 15. Mohd. Baqir Mohd Ali. 1996. Rahsia Dan Hikmah di Sebalik Penciptaan Allah. Perniagaan Jahabersa. Johor Bahru.

BIL.PENGUNJUNG

.:: Nasyid Fm ::.

  © Blogger template Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP