PETA KONSEP

BAHAN PENGAJARAN

Untuk maklum pembaca semua khususnya golongan Ustaz dan Ustazah yang nak menggunakan laman ini dalam untuk proses P&P, di bawah ini penulis menyertakan Rancangan Pengajaran Harian dan BBM Power Point. Boleh lah download yer...Contoh power point boleh tengok kat bawah ni..
1. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
2. POWER POINT MANUSIA
3. VIDEO MANUSIA
Uploaded on authorSTREAM by aniesfarieyana

TEORI AHLI FIKIR TTG KEJADIAN MANUSIA

>> Wednesday, November 19, 2008


PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AHLI FIKIR



Di dalam bab ini pengkaji akan menyatakan perihal proses kejadian manusia menurut pandangan ahli teori seperti Teori Evolusi, Tabie, Aristotle dan Komunisma .




1. EVOLUSI - DARWIN

Golongan yang tidak mempercayai Allah mempunyai pandangan lain. Ia dikenali dengan teori evolusi. Mereka yang mempercayai teori evolusi ini digelar penyokong evolusi.Teori ini diperkenalkan olh Charles Darwin pada tahu 1859 Masihi. Beliau mendakwa bahawa segala mahkluk yang ada dan semua system alam yang teratur sama ada molekul, tumbuh2an, haiwan, bintang, cakerawala telah terbina hasil kesempurnaan sedikit demi sedikit benda yang terkandung di dalam benda itu.Proses perkembangan itu berlaku daripada keadaan purba yang tidak teratur serta ringkas kepada kompleks dan teratur.Daripada benda yang ringkas menjadi organ yang lengkap. Oleh sebab itu, teori ini menyatakan manusia adalah binatang menyusu yang cerdas yang pertumbuhannya berlangsung melalui suatu proses evolusi daripada tingkat rendah sampai ke tingkat yang lebih tinggi.Jesteru, mereka berpendapat manusia berasal daripada rangka keturunan beruk purba.Ini juga bererti nenek moyang kita adalah beruk! Bukan itu sahaja, para penyokong evolusi juga menambah bahawa fosil2 manusia dahulu kala yang terdiri daripada pelabagai bangsa seolah2 menyerupai mahklul separuh manusia dan separuh beruk..Satu pembohongan yang nyata terbukti apabila para pakar sain telah mnemui fosil2 manusia dulu tidak menunjukkan sebarang perbezaan jika dibandingkan dengn manusia sekarang.


Seperti yang kita sedia maklum, bahan kecil yang membentuk benda hidup dan benda mati ialah atom. Ini bererti manusia ini terdiri daripada bilion atom yang bercantum. Apabila bumi pertama kali wujud, tidak terdapatpun hidupan di dalamnya. Apa yang ada hanya benda-benda mati. Para penyokong evolusi yakni yang mempercayai Darwin mengatakan bahawa suatu hari atom2 ini akan bercantum secara kebetulan.Ini membawa maksud, telah berlaku ribut ataupun mungkin juga taufan pada suatu hari nanti selepas bumi terbentuk, dan ia akan membantu atom2 ini tercantum???


Menurut cerita Darwin, atom2 ini telah bercantum untuk membentuk sel. Sel2 bersatu untuk membentuk mata, telinga, darah, hati, kesimpulannya seluruh tubuh kita dan sel2 ini sangat kompleks. Mustahil untuk sesuatu yang begitu kompleks untuk terbentuk daripada atom2 yang bercantum secara tidak sengaja.


Di dalam sebuah sel terdapat beratus -ratus bentuk kecil. Kita boleh umpakan ia dengan sebuah kilang gegasi. Akan tetapi kita perlu ingat bahawa ia bahan organik bukannya mekanikal. Di dalam sebuah sel, ada pengilang, pengangkut bahan2, pintu masuk dan keluar, pusat penghasilan, pembawa pesanan, pusat kawalan tenaga dan lain2 lagi. Pada pandangan anda, apakah mungkin sebuah kilang terbentuk dengan sendirinya bersama batu2, tanah dan air setelah terjadinya ribut ataupun segala yang berlaku secara tidak sengaja?? Tepuk dada tanyalah minda..Sudah tentu tidak! Sesiapa sahaja akan ketawa mendengar dakwaan lucu ini. Tetapi sebaliknya, para penyokong evolusi terus-terusan membuat dakwan mengarut ini " sel-sel ini terbentuk secara kebetulan atau semula jadi"...


2. TEORI TABIE

Teori ini pulak dipelopori oleh sebahagian daripada saintis yang tidak percaya akan kewujudan Maha Pencipta.Mereka mengambil jalan keluar bagi menjawab segala persoalan siapakah yang menjadikan manusia dan seluruh isi alam ini dengan menyatakan yang menciptakan seluruh alam dan isinya adalah berlaku secara tabii ataupun semula jadi.Teori menyamai dengan fahaman golongan al-Dahriyyah iaitu golongan yang menolak konsep hari pembalasan disebabkan percaya bahawa semua benda adalah kekal abadi dan dunia tidak mempunyai permulaan dan kesudahannya.Dalam erti kata lain, golongan ini percaya manusia akan hidup selama-lamanya..



3. ARISTOTLES

Beliau berpendapat manusia merupakan makhluk yang digolongkan dalam kategori haiwan disebabkan mempunyai pernafasan, peredaran darah serta ia makan dan mengolah makanan tersebut lalu membuang kotorannya. Walau bagaimanapun, beliau menambah bahawa manusia lain sedikit dari haiwan disebabkan mempunyai fikiran. Oleh itu, dia mendefinisikan manusia sebagai haiwan yang berfikir ( thingking animal) disebabkan manusia mempunyai akal yang mampu untuk membezakan sesuatu perkara. Dia menyamakan manusia dengan haiwan dari segi perkembangan biologi manusia yang hampir serupa dengan sesetengah haiwan.


4. KOMUNISMA

Menurut pandangan materialisme dialektis yang merupakan prinsip ajaran komunisme, manusia adalah mahkluk biologi dan ekonomi. Sebagai mahkluk biologi, ia adalah binatang cerdas yang mmpunyai akal, jiwa dan perut.Demikanlah mereka tidak mengingkari adanya unsur akal dan jiwa dalam diri manusia akan tetapi mereka beranggapan unsur materi lebih penting daripada unsur kejiwaan.Hal ini kerana jiwa dan akal bergantung kepada wujudnya material..Dalam erti kata lain, manusia tidak boleh hidup tanpa adanya kebendaan atau perkara yang ada di sekelilingnya dimana benda2 itu yang mampu menolong manusia dalam segenap perkara..




RUJUKAN :



1. Buku Teks Pendidikan Al-Quran dan Sunnah

(ting 4)


2. Keajaiban Ciptaan Allah : Harun Yahya

(terj: Rohidzir Rais) 2003


3. Di Bawah Cahaya Al-Quran Sepanjang Zaman

Abu Mazaya Al-Hafiz



SEBELUMNYA

0 comments:

PERINGKAT KEHIDUPAN

Terdapat 5 peringkat kehidupan manusia

SUMBER RUJUKAN I

  • 1. Al-Quran
  • 2. Abd. Al-Basith Muhammad. 2006. Semesta Ruh: Cara Nabi Melesatkan Potensi Diri. PT Serambi Ilmu Semesta. Jakarta.
  • 3. Abu Mazaya Al-Hafiz 2007.Di Bawah Cahaya Al-Quran Sepanjang Zaman. Al-Hidayah Publishers.Kuala Lumpur
  • 4. Al-Soouti. 1994/1996. Ilmu Mengenal Allah. Perniagaan Jahabersa. Johor Bahru.
  • 5. Amiruddun Faatih. 2006. Penerokaan Roh ke Alam Ghaib. Al-Hidayah Publishers. Kuala Lumpur.
  • 6. Azwira Abdul Aziz, Ahmd Kamil Haji Mat dan Muhamad Hashim Nawawi 2006. Buku Teks Pendidikan Al-Quran dan Sunnah tingkatan Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur
  • 7. Haron Din. 2007. Islam: Ada Apa Dengan Islam?. PTS Millennia Sdn. Bhd.. KualaLumpur.

PROSES KEJADIAN MANUSIA

Terdapat 7 proses kejadian manusia

DIRIKANLAH SOLAT

SUMBER RUJUKAN 2

  • 14. K. H. Habib Abdullah Zakiy Al-Kaaf. 2005. Manusia, Alam Roh dan Alam Akhirat: Perjalanan Panjang Menuju Kehidupan Abadi. CV Pustaka Setia. Bandung.
  • 13. Ismail Abdullah Siputeh. 2006. Insan Dari Aspek Etimilogi dan Perspektif Islam. Kolej Universiti Islam Malaysia. Negeri Sembilan.
  • 12. Hussien Fuad Talabah. 1980. Renungan Mendalam Terhadap Ciptaan-Ciptaan Tuhan (Terj. Ismail Mohd Hassan). Yayasan Islam Terengganu.
  • 9. Harun Yahya. 2003. Darwinism Refuted: How the Theory of Evolution Breaks Down in the Light of Modern Science. Goodword Books. India.
  • 8. Haron Din. 2000. Manusia dan Islam :Jilid Tiga. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
  • 11. Harun Yahya. 2003. The Miracle of Human Creation (Terj. Ron Evans). Goodword Books. India.
  • 10. Harun Yahya. 2003. Keajaiban Ciptaan Allah (Terj. Rohidzir Rais). Saba Islamic Media.Kuala Lumpur.

TEORI AHLI FIKIR

Teori Evolusi diperkenalkan oleh C.Darwin

SUMBER RUJUKAN 3

  • 21. Yusuf bin Abdullah. 1996. Alamat-alamat Besar : Kedatangan Hari Kiamat (Terj. Drs As’ad Yasin dan Drs Zaini Munir Fadholi). Era Ilmu Sdn. Bhd.. Kuala Lumpur.
  • 20. Supriadi Jaddari. 2002. Rahsia Alam Kubur: Perjalanan Hakiki Setiap Insan (Jilid 3).Perniagaan Jahabersa. Johor Bahru.
  • 19. Supriadi Jaddari. 1999. Perjalanan Hakikat Setiap Insan (Jilid 1). Perniagaan Jahabersa.Johor Bahru.
  • 18. Smith J. I. dan Haddad Y. Y.. 2004. Maut, Barzakh, Kiamat dan Akhirat: Ragam Pandangan Islam Dari Klasik Hingga Modern (Terj. Dedi Slamet Riyadi) PT Serambi Ilmu. Jakarta.
  • 17. Muhammad Baihaqi. 1995. Perjalanan Roh Manusia Melalui Empat Alam. Al-Hidayah Publisher Ilmu Cahaya Kehidupan. Kuala Lumpur.
  • 16. Muhammad Abdul Aziz AL-Hillawi. 2001. Roh itu Misterius (Ditahqiq oleh Muhammad Abdul Aziz AL-Hillawi). Buku Islam Klasik. Jakarta.
  • 15. Mohd. Baqir Mohd Ali. 1996. Rahsia Dan Hikmah di Sebalik Penciptaan Allah. Perniagaan Jahabersa. Johor Bahru.

BIL.PENGUNJUNG

.:: Nasyid Fm ::.

  © Blogger template Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP